fbpx

Turkiye hormat, lihat Malaysia dalam kedudukan sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled bercakap kepada pemberita Malaysia selepas selesai lawatan rasmi ke Turkiye selama lima di Istanbul, Turkiye hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

ISTANBUL, TURKIYE – Turkiye disifatkan terus menghormati dan melihat Malaysia dalam kedudukan yang sama (equal standing) serta bukannya dalam keadaan satu lebih tinggi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, negara republik itu melihat Malaysia dalam konteks yang sama serta mempunyai keinginan menjadikan kita sebagai setaraf mereka.

“Mereka tengok kita sama dan mempunyai keinginan untuk jadikan Malaysia setaraf mereka iaitu untuk menjadi sebagai negara pengeluar (industri pertahanan) dan mungkin ini boleh berlaku kerana Turkiye melihat Malaysia sebagai sahabat yang rapat,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Hari ini merupakan hari terakhir lawatan rasmi Mohamed Khaled ke Turkiye sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 12 Disember tahun lepas.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Kementerian Pertahanan bercadang menambah bilangan pembelian aset daripada Turkiye, Mohamed Khaled berkata ia bergantung kepada keadaan.

Katanya, ia berikutan Malaysia sudah membeli tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) dan tiga kapal misi persisir (LMS) batch kedua dengan Turkiye.

“Saya percaya bahawa kita tak boleh nafikan kekuatan industri pertahanan Turkiye. Selagi barang (yang diterima) itu berkualiti, harganya berpatutan, terma-terma dan perbincangan atau kerjasama yang baik boleh terhasil, maka Turkiye akan terus menjadi keutamaan dan perhatian oleh Malaysia,” ujarnya.

Sepanjang di Turkiye, Mohamed Khaled turut menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Malaysia-Turkiye yang diadakan buat julung kalinya di Kementerian Pertahanan Nasional Turkiye di Ankara.

Selain itu, beliau turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan dengan kerajaan (G2G) berkenaan perolehan produk-produk pertahanan serta perjanjian-perjanjian kolaborasi dan kerjasama melibatkan pemain-pemain industri pertahanan Malaysia dan Turkiye.

Mohamed Khaled turut menyaksikan penyerahan Surat Setuju Terima (LOA) pembelian LMS batch kedua kepada syarikat pertahanan Turkiye STM pada Selasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI