fbpx

Tumpu ‘kelahiran’ semula Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya berjaya menewaskan Taiwan pada aksi terakhir, namun gagal melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

HARIMAU Malaya tidak harus ‘membazirkan air mata’ untuk meratapi kegagalan mencipta sejarah layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selepas sekadar menamatkan kempen di tangga ketiga Kumpulan D.

Walaupun perit untuk menelan kegagalan kali ini, pengendali negara, Kim Pan-gon mahu segera buka buku baharu bagi memburu slot ke Piala Asia 2027 pada pusingan ketiga yang dijadualkan bermula Mac tahun depan.

“Selepas membiarkan lawan mendapatkan jaringan, kebangkitan yang dipamerkan adalah benda positif kita boleh ambil. Semua orang terkesan, dapat rasakan kesakitan dan menangis sebab kita ada peluang kerana berjaya memenangi dua perlawanan awal.

“Kita kena lakukan sesuatu yang lebih lagi dan adakalanya kita juga kena lebih bersungguh-sungguh. Segalanya sudah selesai, kita perlu belajar sesuatu daripada kempen kali ini, baiki apa yang patut dan saya fikir lebih baik kita kekal positif.

“Ada baiknya jangan saling menyalahkan. Kita kena sediakan perancangan lebih baik kerana usaha yang biasa-biasa tidak cukup sebaliknya harus berikan lebih lagi,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan, kelmarin.

Walaupun menang 3-1 ke atas Taiwan, 10 mata yang dikutip Harimau Malaya belum cukup untuk merelakan Oman dan Kyrgyzstan menjadi wakil daripada Kumpulan D yang akan teruskan saingan di pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Dalam masa sama, Pan-gon menjelaskan projek ‘kelahiran semula’ Harimau Malaya tidak hanya tertumpu kepada dirinya atau pun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semata-mata sebaliknya ia perlu babitkan pelbagai pihak khususnya kelab tempatan.

“Saya tidak boleh merungut kerana sejak daripada kem pertama sampai sekarang saya dapat sokongan daripada kelab (lepaskan pemain). Tetapi, banyak benda yang kena baiki, tidak boleh bandingkan dengan Korea Selatan atau Jepun kerana mereka ada sistem yang bagus.

“Pentingnya adalah lahirkan pemain muda dan laksanakan pembangunan tempatan dulu, selebihnya kita atur strategi lain. Seperti Indonesia, mereka pasti akan jadi pasukan terbaik tidak lama lagi tetapi kita mesti tampil sebagai pencabar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI