fbpx

Tukang kebun ikat, heret anjing kena denda RM2,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Yusof didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kulim atas kesalahan menganiaya seekor anjing pada Ahad lalu.

KULIM – Seorang tukang kebun dihukum denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seekor anjing di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Junjung pada Ahad lalu.

Tertuduh, Md. Yusof Majid, 66, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd. Manap.

Majistret turut memerintahkan agar Md. Yusof dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda dikenakan. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara mengikat kaki anjing lalu mengheret haiwan tersebut menggunakan sebuah motosikal.

Perbuatan itu dilakukan warga emas itu di hadapan SMK Junjung, di sini kira-kira pukul 7.30 pagi, 9 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI