fbpx

TNB laksana 323 inisiatif, pastikan bekalan elektrik Pantai Timur stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencawang Elektrik Taman Impian, Bachok, Kelantan. -GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan melaksanakan 323 inisiatif bagi memperkukuhkan sistem rangkaian pembahagian elektrik di Pantai Timur sempena sambutan Aidiladha minggu hadapan.

Ini kerana, permintaan tenaga elektrik di Pantai Timur, khususnya Kelantan dijangka meningkat sempena Aidiladha apabila ramai perantau pulang seperti mana perayaan Aidilfitri April lalu.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Mahathir Nor Ismail berkata, pelaksanaan inisiatif itu merangkumi kerja menaik taraf kapasiti alat ubah pembahagian, membina pencawang baru dan projek pengukuhan sistem voltan rendah.

“Dari segi pembinaan pencawang elektrik, 114 lokasi untuk diwujudkan pencawang dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 30 tapak telah diberikan kemasukan awal.

“Baki 84 tapak masih menghadapi isu tanah sekali gus memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk pemilik tanah dan pihak berkuasa bagi menyelesaikannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, berdasarkan rekod TNB sebelum ini, gangguan voltan rendah melibatkan pelanggan domestik di negeri Cik Siti Wan Kembang itu pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini menurun sebanyak 67 peratus meskipun permintaan tertinggi meningkat sebanyak 27MW kepada 570MW dalam tempoh berkenaan.

Prestasi lebih baik ini berdasarkan gangguan voltan rendah di negeri itu menurun daripada
1,966 dalam tempoh 12 hari mulai enam hari sebelum Aidilfitri tahun lalu kepada 657 dalam
tempoh sama tahun ini.

Gangguan ini adalah disebabkan permintaan bermusim meningkat dan membebankan sistem bekalan sedia ada sehingga memberi kesan kepada pepasangan TNB seperti talian atas bertebat, fius serta komponen peralatan yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI