fbpx

Tak buat sebarang tuntutan sebab anak dah cukup – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Syukur Ahamdulillah sebab itu saya tak buat sebarang tuntutan sebab bagi saya, harta yang paling bermakna ialah anak-anak.”

Demikian reaksi Bella Astillah, 30, yang sah bercerai talak satu dengan Aliff Aziz, 33, susulan keputusannya melepaskan tuntutan mutaah, idah, tunggakan nafkah isteri, hutang perkahwinan dan harta sepencarian.

Baginya, mendapat hak penjagaan dua anaknya iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4, sudah buat mencukupi buat dirinya.

“Sudah dapat anak-anak, itu sudah nombor satu yang paling syukur.

“Saya tidak mahu panjangkan lagi apa-apa selepas ini. Saya tidak mengharapkan apa-apa daripada Aliff.

“Sekarang ini adalah fasa untuk move on sahaja. Itu jauh lebih penting sebab saya ada banyak perkara lagi mahu dibuat. Saya mahu jaga anak-anak,” katanya kepada HibGlam di sini, hari ini.

Dalam masa sama, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu bersyukur ramai yang terus mendoakan dirinya dan berharap hari ini merupakan kali terakhir dia menjejakkan kaki ke mahkamah.

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan saya. Mungkin ini kali terakhir saya berada di Mahkamah Syariah, Insya-Allah.

“Tolong doakan saya dan anak-anak terus kuat dan bahagia selepas ini,” jelasnya.

Mengulas mengenai tindakannya enggan bersalaman sebelum Aliff melafazkan cerai, Bella enggan memperincikan hal tersebut apatah lagi mahu berbaik dengan bekas suaminya dalam tempoh terdekat.

“Biarlah masa yang menjawab segala-galanya.

“Masih belum sempat fikirkan perkara itu (bertemu Aliff). Jadi, kita tengok perlahan-perlahan, insya-Allah,” katanya lagi.

Bella menambah, dia kini hanya ingin fokus membesarkan dua cahaya matanya selain mendoakan yang terbaik untuk Aliff.

“Saya nak fokus dan memperbaiki menjadi ibu yang lebih baik,” katanya.

Hari ini, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI