fbpx

Syarat Barcelona buat United sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAINOO menjadi sebahagian syarat perpindahan sekiranya United inginkan khidmat Raphinha. - AFP

BARCELONA – Gergasi La Liga, Barcelona dilaporkan sedia menerima tawaran Manchester United untuk mendapatkan pemain sayap mereka, Raphinha, namun meletakkan syarat untuk bersetuju dengan perpindahan tersebut.

Situasi kewangan Barcelona yang sukar telah memaksa kelab itu menggunakan pelbagai cara untuk menurunkan kos perpindahan, termasuk menggunakan pemain mereka sebagai sebahagian daripada urus niaga untuk mendapatkan pemain baharu.

Prestasi cemerlang pemain muda Sepanyol, Lamine Yamal menyebabkan bekas pemain sayap Leeds United, Raphinha sering gagal untuk berada dalam kesebelasan utama dan tidak lagi diperlukan oleh pasukan itu.

Pengurus baharu Barcelona, Hansi Flick telah mengarahkan kelab untuk meneroka kemungkinan mendapatkan pemain muda berpotensi United, Kobbie Mainoo, 18, yang bersinar di Old Trafford.

Barcelona dikatakan akan menawarkan Raphinha beserta wang tunai berjumlah €10 juta (RM50 juta) untuk mendapatkan Mainoo dalam usaha tawar-menawar tersebut.

Bagaimanapun, Manchester United tidak bercadang untuk menjual Mainoo, yang dianggap sebagai pemain untuk masa depan bersama bintang muda lain seperti Alejandro Garnacho dan Rasmus Hojlund.

Mainoo dijangka menandatangani kontrak bernilai £60,000 (RM349,000) seminggu pada Ogos dan kontrak baharu ini akan memastikan dia kekal bersama The Red Devils untuk jangka masa yang panjang, sekali gus menutup pintu perpindahan kepada Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI