fbpx

SWCorp sasar kurangkan kebergantungan pekerja warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Husaini (baris tengah, dua dari kanan) beramah mesra dengan salah seorang penerima Anugerah Pekerja Cemerlang SWM Environment Negeri Sembilan bersempena Sambutan Hari Pekerja Pembersihan 2024 dan Ulang Tahun SWCorp Ke-16 Peringkat Negeri Sembilan di Seremban, hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/ KOSMO!

SEREMBAN – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyasarkan pengurangan peratusan kebergantungan tenaga pekerja pembersihan warga asing sehingga 25 peratus dalam tempoh lima tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ahmad Husaini Abdul Rahman berkata, ketika ini kebergantungan kepada tenaga pekerja pembersihan warga asing berada pada tahap agak tinggi berbanding pekerja tempatan iaitu 32.58 peratus daripada jumlah keseluruhan 27,345 orang pekerja.

“Di sini kita dapat lihat bahawa sektor ini masih bergantung kepada sumber tenaga pekerja asing dan seharusnya pekerjaan yang mulia ini menjadi kerjaya pilihan sebagai sumber pendapatan bagi rakyat Malaysia.

“Sebab itu, kita sasarkan untuk kurangkan peratusan tersebut (kebergantungan tenaga pekerja pembersihan warga asing) dalam sektor ini melalui beberapa jalinan kerjasama yang dilaksanakan bersama pihak konsesi dan agensi-agensi kerajaan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Anugerah Pekerja Cemerlang SWM Environment Sdn. Bhd. Negeri Sembilan bersempena Sambutan Hari Pekerja Pembersihan 2024 dan Ulang Tahun SWCorp Ke-16 Peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Seramai 32 pekerja pembersihan dan tiga kakitangan syarikat konsesi SWM Environment diraikan dalam program tersebut.

Ahmad Husaini sementara itu berkata, bagi meningkatkan bilangan tenaga pekerja tempatan dalam sektor itu, pihaknya telah menjalankan kerjasama dengan Jabatan Penjara menerusi program di Sebalik Tirai Besi.

“Ia dengan meluaskan Program Pensijilan Kemahiran Malaysia di mana warga penjara yang terpilih diberi latihan untuk diserapkan dalam tenaga kerja sektor pembersihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI