fbpx

SPRM masih kesan menantu Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam berucap pada Majlis Pelancaran Buku 'THE SIN OF CORRUPTION - A RELIGIOUS PERSPECTIVE' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi mengesan ahli perniagaan, Datuk Muhammad Adlan Berhan, yang juga menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, ketika ini pihaknya masih mendapatakan kerjasama pihak Polis Antarabangsa (Interpol) bagi memburu Muhammad Adlan.

“Tindakan selanjutnya kita masih lagi berusaha dengan pihak Interpol dan pihak berkuasa lain untuk mengesan beliau,” katanya kepada pemberita pemberita selepas ditemui pada pelancaran buku ‘The Sin Of Coruption A Religious Perspective’ di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, SPRM sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Selain Muhammad Adlan, seorang lagi adalah peguam, Mansoor Saat dengan kedua-duanya dikenal pasti sudah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023.

Pada Oktober 2023, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilapor mengesahkan permohonan notis merah ke atas Muhammad Adlan dan Mansoor sudah diserahkan kepada Interpol.

Tindakan menyenaraikan nama mereka di dalam notis merah itu dilakukan selepas dimohon SPRM untuk mengetahui keberadaan kedua-dua individu itu.

Pada 25 April lalu, Azam dipetik sebagai berkata, SPRM mendapat petunjuk baharu mengenai keberadaan Muhammad Adlan menerusi transaksi kad kredit milik ahli perniagaan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI