fbpx

RM454.45 juta zakat berjaya dikutip PPZ-MAIWP sehingga Mei, naik 15 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan hadir pada Majlis Apresiasi Ejen Kutipan PPZ-MAIWP 2023 di Ideas Hotel, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip lebih RM454.45 juta zakat untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan berkata, jumlah tersebut meningkat kira-kira 15 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak RM396.07 juta.

Jelasnya, jumlah pembayar zakat juga meningkat pada tahun ini iaitu seramai 345,309 orang berbanding tempoh sama tahun lalu kira-kira 302,205 orang.

Dengan peningkatan itu katanya, sasaran kutipan pada tahun ini iaitu kira-kira RM1.1 bilion mampu dicapai berdasarkan prestasi semasa kutipan.

“Insya-Allah dengan bantuan daripada semua pihak, sasaran RM1.1 bilion ini mampu dicapai dan ketika ini kita dalam ‘on track’ (dalam landasan yang tepat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Ejen Kutipan Zakat PPZ-MAIWP di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai 12 ejen terbaik diberikan penghargaan berdasarkan empat kategori iaitu Kategori Saluran Offline, Saluran Majikan Potong Gaji Ejen, Saluran Online (Bank) dan Saluran Online (e-Wallet/Portal dan App).

Kategori Saluran Offline, ejen terbaik adalah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dengan kutipan sebanyak RM2.81 juta, manakala kategori Saluran Majikan Potong Gaji Ejen pula diberikan kepada Dr Smile Taman Melawati Sdn. Bhd dengan kutipan kira-kira RM13.7 juta.

Bagi kategori Saluran Online Bank, Maybank Islamic Berhad dinobatkan sebagai ejen terbaik dengan jumlah kutipan sebanyak RM36.95 juta, manakala bagi kategori Saluran Online (e-Wallet/Portal dan App) ejen terbaik adalah Raiz Malaysia Sdn. Bhd selepas berjaya membuat kutipan kira-kira RM1.42 juta.

Mengulas lanjut, Mohammed berkata, sehingga kini PPZ-MAIWP mempunyai kira-kira 102 ejen dan kutipan zakat menerusi ejen telah menunjukkan peningkatan dari tahun lalu.

“Berdasarkan rekod, kutipan zakat melalui saluran ini meningkat sebanyak 21 peratus pada tahun 2023 iaitu sebanyak RM91 juta berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM74.9 juta sahaja.

“Bagi tahun ini, PPZ-MAIWP optimis saluran ejen masih mampu meningkatkan prestasinya. Jika dilihat kutipan setakat Januari hingga Mei meningkat sebanyak 30 peratus iaitu sebanyak RM32.9 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun 2023 iaitu sebanyak RM25.4 juta,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI