fbpx

Proton mohon maaf salah label negeri Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tular memaparkan peta dengan label negeri Sabah dan Sarawak yang salah.

PETALING JAYA – Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kesilapan melabel negeri Sabah dan Sarawak di dalam peta.

Menurut kenyataan, pihak Proton menyesali kesilapan tersebut dan mengakui ia mungkin telah menyentuh sensitiviti dalam kalangan masyarakat.

“Proton menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, kami komited untuk menghormati dan meraikan semua negeri secara sama rata,” katanya.

Menurut Proton, pihaknya memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai segala maklum balas daripada orang ramai.

“Pada masa hadapan, kami akan lebih berhati-hati. Terima kasih atas perhatian dan sokongan yang berterusan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu gambar peta dengan label negeri Sabah dan Sarawak yang salah.

Dipercayai, peta tersebut ditayangkan pada majlis pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, e.MAS yang dianjurkan oleh Proton. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI