SEBERANG PERAI – Ahli Akademik, Dr. Joohari Ariffin diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai nanti.
Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Rafizi Ramli pada Malam Pengumuman Calon Perpaduan PRK DUN Sungai Bakap di Simpang Ampat, malam tadi.
Anak kelahiran Permatang Pasir itu juga pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki cawangan Utara.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai. -KOSMO! ONLINE