fbpx

Penganggur aktif mencuri sebab isteri mahu bercuti, bayar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mulkiaman (kiri) menunjukkan sebahagian tong gas yang dirampas berkaitan kes pecah premis dan rumah di daerah Padang Terap pada sidang akhbar di IPD Padang Terap, Kuala Nerang hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

KUALA NERANG – Seorang penganggur memberi alasan terpaksa melakukan pelbagai kegiatan jenayah termasuk pecah kedai kerana mahu memenuhi kehendak isteri untuk bercuti dan membayar hutang.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, suspek berusia 32 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas ditahan pada 31 Mei lalu kerana disyaki terlibat dalam 21 kes jenayah secara solo di daerah ini sejak tahun lalu.

Katanya, selain memecah masuk kedai dan rumah, lelaki itu juga mengaku memecah cermin kenderaan untuk mencuri barangan berharga.

“Sehari selepas dia ditahan, kami menahan pula isterinya yang berusia 30 tahun. Dia mengaku terlibat dalam semua kes tersebut.

“Antara barang yang disasarkan adalah tong gas dengan bapa kepada tiga anak itu didapati mencuri 60 tong gas di beberapa lokasi sebelum dijual kepada seorang individu di Sik.

“Dia juga mengaku terlibat memecah cermin kenderaan di Felda Lubuk Merbau,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di sini hari ini.

Menurutnya, suspek yang pernah bekerja sebagai jurukimpal turut negatif dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI