fbpx

Peguam mohon perintah larangan bersuara kes Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Ab. Moin (tengah), dan Mahmud Jumaat (kanan), pada sidang akhbar selepas sesi pendakwaan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan, semalam. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Pasukan pembelaan kepada ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon perintah larangan bersuara (gag order) di Mahkamah Majistret supaya masyarakat tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes ini.

Bagaimanapun, setelah mendengar permohonan dan hujah kedua-dua belah pihak, Hakim Dr. Syahliza Warnoh hanya membenarkan perintah larangan itu terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini sahaja.

Terdahulu kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini antara pada pukul 12 tengah hari pada 5 Disember hingga pukul 9.55 malam pada 6 Disember lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI