fbpx

MOT tamatkan konsesi pengerukan, penambakan IMW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sidang akhbar berhubung Konsesi Pengerukan, Hala Tuju Penggabungan Mavcom dan CAAM di Kementerian Pengangkutan Malaysia, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) memaklumkan konsesi pengerukan dan penambakan Integrated Marine Works Sdn Bhd (IMW) ditamatkan atas pelanggaran syarat-syarat perjanjian.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, penamatan perjanjian konsesi antara kerajaan, pihak berkuasa pelabuhan dan syarikat IMW yang dimeterai pada 30 Mei 2022 telah dipersetujui Jemaah Menteri pada 29 Mei lalu.

Beliau berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis kemungkiran bertarikh 29 Januari lalu kepada syarikat dengan tempoh remedi selama tiga bulan sehingga 29 April 2024 namun, IMW gagal untuk meremedikan pelanggaran terma perjanjian.

“Antara pelanggaran terma perjanjian adalah IMW menukar pemegang saham tanpa kebenaran kerajaan kerana semasa perjanjian ditandatangani, syarikat IMW dimiliki sepenuhnya oleh Inai Kiara Sdn Bhd.

“Walau bagaimanapun, sekitar bulan Julai 2023, MOT telah mendapat makluman bahawa syarikat Inai Kiara telah pun digulung (wind up) melalui Perintah Gulung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam bertarikh 11 April 2023,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI