fbpx

‘Mayat’ hidup semula, lari 3 kilometer pulang ke rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prueang berlari pulang ke rumahnya sejauh 3 kilometer dalam keadaan tidak berbaju dan berkaki ayam. – PPTV HD

BANGKOK –  Seorang lelaki dari rantau Isaan berlari pulang ke rumahnya sejauh 3 kilometer  dalam keadaan tidak berbaju dan berkaki ayam setelah kembali bernyawa selepas disahkan meninggal dunia, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Anggota penyelamat daripada Yayasan Menyelamat Sawang Arom, Worrasethtakorn Sakdasakunkunakorn berkata, lelaki berusia 59 tahun itu dikenali sebagai Prueang Enmak.

Kata Worrasethtakorn, pasukan penyelamat  bergegas ke rumah Prueang selepas menerima laporan ahli keluarganya mengatakan bahawa dia rebah dan tidak sedarkan diri.

Sejurus tiba, petugas  kecemasan memberikan bantuan penafasan kepada Prueang meskipun lelaki itu sudah tidak bernafas.

Kira-kira 20 minit kemudian, Prueang kembali bernyawa dan pasukan kecemasan membuat keputusan untuk membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Semasa berada di dalam ambulans, Prueang tiba-tiba mengamuk dan mahu pulang ke rumah. Seorang jururawat cedera ringan ketika cuba menahannya.

Lelaki itu keluar daripada ambulans dan mengancam petugas kecemasan menggunakan kayu agar mereka tidak menghalangnya.

Prueang seterusnya berlari sejauh 3 kilometer sehingga dia tiba di rumahnya, menyebabkan keluarganya terkejut.

Ketika menjelaskan perkara itu kepada media tempatan, Prueang berkata, dia berasa penat selepas berlari sejauh itu dan hairan bagaimana dia berupaya bertindak demikian.

Namun ujarnya, dia ketika itu hanya berfikir mahu segera sampai ke rumah, dan bukannya hospital. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI