fbpx

Lori bawa bahan binaan tak dapat subsidi diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke pada sidang akhbar di kementeriannya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan tiada agihan subsidi diesel bagi kategori lori yang mengangkut bahan binaan buat masa ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kategori pengangkutan itu tidak termasuk dalam kumpulan yang menerima subsidi diesel seperti diumumkan kerajaan bermula Isnin lalu.

“Lori berkenaan dengan angkut bahan binaan tiada (tidak dapat subsidi). Itu tiada dalam kategori. Kita fokus untuk kategori dinyatakan sahaja.

“Apa yang kita bagi (subsidi) adalah lori-lori yang mengangkut kargo barangan keperluan harian yang mungkin akan ada kenaikan kos kepada pengguna. Jadi itu kita bagi subsidi,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI