PETALING JAYA – Dua individu yang sebelum ini tular apabila bergaduh di sebuah kedai runcit kini sudah berbaik.
Perkara itu susulan tersebar gambar dua lelaki terbabit bersalam dipercayai di sebuah balai polis.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan dua lelaki tersebut yang berdamai selepas pergaduhan itu.
“Semoga asbab pergaduhan tersebut mereka menjadi kawan baik yang bukan biasa-biasa baiknya,” kata Rezqi.
“Bagus-bagus tak elok kita berperang bergaduh berpanjangan lebih baik banyak kawan dari pada banyak lawan,” kata Awae.
“Terbaik. Semoga pergaduhan semalam mengeratkan hubungan persahabatan hari ini,” kata Cristwever.
“Terbaik kita sama-sama Malaysia. Jangan gaduh-gaduh,” kata Saiful.
Terdahulu, dua lelaki warga tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Rakaman video pergaduhan itu turut tular di media sosial.
Di dalam rakaman tersebut kedua-dua lelaki berkenaan didapati saling membuat provokasi selain mengajak untuk bertumbuk ‘one by one’ sambil diperhatikan oleh pelanggan lain. – KOSMO! ONLINE