fbpx

Lelaki lumpuh dibunuh abang ipar sebab tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek didakwa memasuki bilik mangsa lalu memukulnya dengan teruk. - Daily Observer

DHAKA – Seorang lelaki tergamak memukul adik iparnya yang lumpuh sampai mati akibat pertikaian mengenai sebidang tanah dalam kejadian di Gurdaspur Upazila, lapor akhbar Daily Observer. 

Kejadian berlaku sekitar  pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) di Kampung Bri-Pathuria dalam daerah Natore, Bangladesh semalam.

Mangsa ialah penduduk tempatan berusia 55 tahun dikenali sebagai Jamat Ali. Dia menghidap sakit jantung sejak 10 tahun lalu. 

Menurut ibunya, mangsa dibunuh oleh abang iparnya sendiri akibat perebutan sebidang tanah selepas kematian suami wanita berkenaan. 

“Suspek tinggal bersama keluarga kami selepas berkahwin dan dia kerap mengugut Jamat kerana mahukan harta itu,” kata Jameena. 

Menurut polis, suspek memasuki bilik mangsa lalu memukulnya berkali-kali. Lebih mengejutkan, suspek turut dibantu oleh anak perempuan dan anak lelakinya. 

Mangsa sempat diselamatkan oleh penduduk kampung namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. 

Polis telah menahan suspek dan masih menunggu proses pendakwaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI