fbpx

Kes Faisal ‘senyap’, tiada perkembangan baharu – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim masih belum dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu siasatan selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lepas. - Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Peguam Selangor FC, Mohd. Haijan Omar mengesahkan bahawa anak guamnya yang juga bintang Harimau Malaya, Faisal Halim sehingga kini masih tidak dimaklumkan perkembangan terkini siasatan insiden simbahan asid yang berlaku pada 5 Mei lepas.

Bagaimanapun, Haijan mengakui pihaknya percaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan yang terbaik selain mempunyai tahap profesionalisme untuk mengheret pesalah ke muka pengadilan.

“Kami mempunyai keyakinan penuh bahawa polis sedang melakukan siasatan dengan terbaik dan tahap profesionalisme tinggi dengan akhir saya percaya boleh mengheret pelaku.

“Amat jelas dan kami percaya ia adalah sesuai untuk di siasat dibawah kesalahan jenayah serius Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata bahaya atau Seksyen 307 atas percubaan membunuh.

“Saya percaya pihak polis adalah lebih pakar dan tahu apa yang sesuai untuk kes ini,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Latihan FAS, Shah Alam sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Haijan yang telah dilantik sebagai peguam rasmi semalam mengesahkan pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan mewakili anak guamnya untuk mengetahui perkembangan terkini berkaitan siasatan kes simbahan asid itu.

“Menerusi Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah, pihak kami sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk mengetahui perkembangan siasatan membabitkan kes terbabit daripada semasa ke semasa,” katanya.

Sebagai rekod, PDRM sebelum ini telah mendedahkan mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap Faisal yang dianggarkan berusia 30-an selain berketinggian 165 sentimeter (cm). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI