fbpx

Keracunan bihun telur mata: Lima lagi dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

GOMBAK – Lima lagi individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung dua kes kematian dipercayai akibat keracunan bihun dan telur disediakan untuk program sekolah agama di daerah ini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, jumlah keseluruhan individu telah dirakam keterangan adalah seramai 13 orang.

Jelas beliau, kes masih dalam siasatan pihak polis sebelum tindakan lanjut diambil.

“13 orang telah dirakam percakapan percakapan, lima terbaharu membabitkan ahli keluarga (mangsa), doktor patologi, dan peramusaji. Rakaman percakapan telah dibuat semalam,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, polis selesai merakam keterangan lapan individu termasuk pihak penganjur, jawatankuasa, pengetua, dan individu terlibat dalam penyediaan makanan.

Terdahulu, seorang bayi berusia dua tahun dan lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami cirit-birit akibat makan bihun dan telur yang dibawa pulang dari sebuah program sekolah di daerah ini, Sabtu lalu.

Menurut Noor Ariffin, pihaknya menerima dua laporan kematian akibat kejadian tersebut Isnin lepas.

Untuk kes yang pertama, hasil siasatan mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun telah makan makanan dibawa balik ibunya dari program di sekolah tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, Noor Ariffin memaklumkan kes kedua pula membabitkan mangsa seorang bayi perempuan berusia dua tahun yang turut maut selepas makan makanan dibawa pulang bapanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI