fbpx

Jemaah haji Malaysia boleh jadi contoh kepada negara lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Nai'm (empat dari kiri) menunjukkan isyarat bagus ketika merasmikan Program Kebersihan Masyair semalam.

MEKAH – Selepas tujuh tahun diwujudkan, Program Kebersihan Masyair diteruskan bagi mengekalkan standard dan tanda aras yang diberikan Kerajaan Arab Saudi terhadap jemaah Malaysia sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, program tersebut secara tidak langsung dapat memberi kefahaman dan penghayatan ibadah lebih luas untuk jemaah haji musim 1445H/2024M.

Katanya, perkara itu dalam masa sama dapat dijadikan sebagai cerminan kemabruran haji jemaah yang bukan bersandarkan kepada rukun semata-mata.

“Jemaah haji Malaysia memang terkenal dengan berdisiplin dan berilmu. Pada 2018 lagi, kita perkenalkan program ini untuk memberi peluang mengajak jemaah haji Malaysia melaksanakan salah satu tanggungjawab sebagai umat Islam.

“Ia diwujudkan agar jemaah memperluaskan pemahaman konsep ibadah yang bukan hanya terhad kepada solat, puasa dan zakat semata-mata sebaliknya ia termasuk dalam menjaga hubungan dengan jemaah lain dan menjaga persekitaran,” katanya pada Program Kebersihan Masyair hari ini.

Menurutnya, jemaah Malaysia boleh menjadi contoh kepada jemaah negara lain dalam aspek kebersihan.

“Apabila ada semangat kerjasama membersihkan Masyair ini, kita akan nampak kawasan yang ditinggalkan bersih. Kerajaan Arab Saudi sendiri memuji keadaan di Arafah yang ditinggalkan Jemaah Malaysia ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI