RAMAI, bukan sedikit jumlah penggiat seni tanah air veteran yang ketika ini menagih ihsan bagi mendapatkan bantuan daripada kerajaan. Itu yang sering penulis dengar hampir setiap hari, pasti ada sahaja muncul nama selebriti veteran yang memerlukan bantuan bagi meneruskan sisa kehidupan. Ada yang kais pagi makan pagi, bahkan terdapat juga menerima bayaran lakonan atau undangan nyanyian tidak berbaloi dengan pengalaman dimiliki. Lebih hina dan rasa simpati memuncak ada yang dibayar kurang RM200 untuk satu persembahan atau lakonan bagi sebuah babak.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya