fbpx

Hujan lebat, ribut petir hampir seluruh negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di hampir seluruh negeri pada malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu tertumpu di Pantai Barat, Selangor melibatkan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dan Melaka.

“Cuaca buruk itu turut melanda beberapa tempat melibatkan Perak Tengah, Batang Padang dan Muallim di Perak.

“Selain itu, kebanyakan kawasan di Pantai Timur pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan dan Pekan di Pahang,” katanya.

Dalam pada itu, hujan lebat dan ribut petir juga berlaku di Daerah Selatan melibatkan beberapa tempat negeri Johor iaitu Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Negeri Sembilan, Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin turut mengalami cuaca yang sama.

Sementara itu, di Malaysia Timur pula, hujan lebat beserta ribut petir dilaporkan berlaku di kebanyakan kawasan di Sarawak melibatkan Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Cuaca buruk yang sama juga diramalkan berlaku di beberapa tempat melibatkan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan sehingga 7 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI