fbpx

Euro 2024: Rep. Czech bawa bekalan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REP. CZECH tetap mengharapkan keajaiban untuk menjulang gelaran pertama Eropah selepas kali pertama memenanginya pada 1976.

PASUKAN Republik Czech mempunyai sejarah tersendiri dalam aksi saingan Euro terutama selepas menjulang gelaran tersebut pada 1976.

Pasukan yang terkenal dengan gelaran The Locomotive tersebut pernah melangkah ke pentas final 1996 dan juga menembusi aksi separuh akhir pada 2004.

Sudah pasti, perjalanan terbaik Rep. Czech di pentas Euro memastikan skuad kendalian Ivan Hasek itu meletakkan sasaran lebih baik selepas mereka dijangka mampu melepasi peringkat kumpulan.

Rep. Czech mempunyai peluang besar dengan sekurang-kurangnya muncul selaku naib juara peringkat Kumpulan F selepas diundi bersama Portugal, Turkiye dan Georgia di Euro 2024.

Bagaimanapun, Hasek enggan memandang mudah cabaran pasukan lawan kerana setiap pasukan yang menembusi Euro 2024 mempunyai kualiti tersendiri.

“Portugal adalah salah satu pasukan kegemaran kejohanan. Turkiye semakin meningkat naik dan Georgia juga pasukan yang mampu melakukan kejutan selepas menumbangkan Greece sebelum ini. Jadi pesaing kami mereka mempunyai kualiti tersendiri

“Biarpun bakal berdepan tentangan sengit, misi kami sudah pasti adalah untuk melepasi peringkat kumpulan ini dan mahu catat kemenangan pada setiap perlawanan,” kata Hasek.

Hasek telah menamakan skuad 26 pemainnya diketuai tujuh pemain Slavia Prague di samping bintang West Ham United, Tomas Soucek dan penyerang Bayer Leverkusen, Patrik Schick yang mungkin menjadi kunci serangan pasukan itu.

Bagi Hasek, kehadiran Schick amat penting dalam skuadnya terutama membimbing pemain muda untuk kekal fokus dalam setiap perlawanan yang bakal mereka tempuhi di peringkat kumpulan.

“Patrik (Schick) sangat penting untuk pasukan kebangsaan. Bukan sahaja di atas padang tetapi juga di bilik persalinan. Pasukan yang dibina ini adalah hasil kerjasama mereka dalam satu pasukan, jadi saya harapkan lebih daripada mereka semua.

“Aksi pemanas badan sebelum ini bukan kayu pengukur kepada prestasi mereka menjelang Euro nanti tetapi saya harap perlawanan itu mampu memberi nilai tambah kepada semangat pemain,” katanya.

Rep. Czech turun ke Euro 2024 dengan rekod kemenangan bersih dalam aksi perlawanan pemanas badan selepas mencatat kemenangan 2-1 ke North Macedonia dan mereka juga membelasah Malta 7-1.

Selain itu, mereka juga mengatasi Armenia dan Norway menerusi kemenangan 2-1 sekali gus membuktikan Rep. Czech membawa bekal terbaik untuk menghadapi Euro 2024 nanti.

PROFIL REPUBLIK CZECH

PASUKAN : Republik Czech
GELARAN : The Locomotive
KETUA JURULATIH : Ivan Hasek
RANKING FIFA: No. 36
PENCAPAIAN TERBAIK: Juara 1976
KUMPULAN: F – Portugal, Georgia, Turkiye

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL

Jindrich Stanek (Slavia Prague)
Vitezslav Jaros (Sturm Graz)
Matej Kovar (Bayer Leverkusen)

PERTAHANAN

Vladimir Coufal (West Ham United)
Tomas Holes (Slavia Prague)
David Zima (Slavia Prague)
Ladislav Krejci (Sparta Prague)
David Jurasek (Hoffenheim)
Robin Hranac (Viktoria Plzen)
Tomas Vlcek (Slavia Prague)
Martin Vitík (Sparta Prague)

TENGAH

Tomas Soucek (West Ham)
Antonin Barak (Fiorentina)
David Doudera (Slavia Prague)
Michal Sadilek (Twente)
Lukas Provod (Slavia Prague)
Vaclav Cerny (VfL Wolfsburg)
Ondrej Lingr (Feyenoord)
Marej Jurasek (Slavia Prague)
Pavel Sulc (Viktoria Plzen)
Lukas Cerv (Viktoria Plzen)

PENYERANG

Patrik Schick (Bayer Leverkusen)
Adam Hlozek (Bayer Leverkusen)
Jan Kuchta (Sparta Prague)
Mojmir Chytil (Slavia Prague)
Tomas Chory (Viktoria Plzen)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI