fbpx

Lima masih di wad, seorang positif kencing tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NGWE Hee Sem ditemui selepas menyampaikan pencen penakat di Rumah Awam 1 Pulau Gadong, Melaka. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Lima individu masih dirawat di Hospital Melaka dengan seorang disahkan dijangkiti wabak probable leptospirosis atau kencing tikus selepas berkunjung ke Kolam Air Panas Jasin, dekat sini minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sam berkata, keputusan positif itu diperoleh melalui saringan pertama sampel klinikal yang dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kesihatan (MKAK) Sungai Buloh, Selangor.

“Ujian saringan kedua perlu dilakukan dan kita akan tunggu saringan terakhir sebelum dapat mengumumkan punca sebenar gejala yang dialami seperti demam, batuk, selesema dan sakit badan berpunca daripada kencing tikus,” katanya ketika ditemui di Rumah Awam 1 Pulau Gadong di sini, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, Kolam Air Panas Jasin diarahkan tutup selama 14 hari bermula Sabtu lalu berikutan penularan wabak kencing tikus.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Ruzita Mustaffa berkata, seramai 33 individu termasuk pelajar dan guru sebuah sekolah di negeri ini disyaki dijangkiti penyakit itu selepas mengunjungi lokasi itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI