fbpx

Datuk, nenek Zayn Rayyan dibebaskan dengan jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahari (kiri) dan isterinya ketika meninggalkan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

PETALING JAYA – Datuk dan nenek Zayn Rayyan Abdul Matiin akan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas ditahan bagi membantu siasatan semalam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

“Mereka hanya ditahan 24 jam untuk diambil keterangan dan akan dibebaskan hari ini.

“Pembebasan hanya akan dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya dan tidak akan dibawa ke mahkamah (untuk reman),” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, datuk dan nenek kanak-kanak autistik itu ditahan pada pukul 2.30 petang di Subang Bestari, Shah Alam.

Penahanan ke atas pasangan itu adalah untuk membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan yang mayatkan ditemukan pada Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI