fbpx

‘Bukan mudah tidak boleh cium, peluk anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal di Pusat Latihan Bolasepak Selangor FC, Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

PETALING JAYA – Pemain Harimau Malaya, Faisal Halim berasa sebak kerana anaknya tidak dapat merasakan kasih sayang daripada seorang bapa sepanjang beliau menjalani proses pemulihan setelah disimbah asid pada 5 Mei lalu.

Menurut Faisal, selepas kejadian tersebut, beliau berasa kesal kerana tidak dapat mendukung, mencium dan memeluk anaknya seperti biasa.

“Saya adalah orang yang paling rapat dengan anak. Setiap kali saya pergi ke luar negara, anak saya akan demam sebab terlalu rindukan ayahnya.

“Selepas kejadian tersebut, saya tidak boleh cium dan peluk anak selama sebulan. Ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk seorang ayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas bersama Faisal bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya selepas pembedahan kali ke-4.

Tambah Faisal, dia juga mengambil keputusan untuk menerima apa yang berlaku dengan hati yang terbuka.

“Buat masa sekarang, saya belum dapat tidur bersama anak saya lagi. Anak sayalah kekuatan, semangat saya.

“Apa yang terjadi, saya terima dengan reda dan hati yang terbuka.

“Saya berharap saya dapat kembali berkasi dan membelikan hadiah istimewa untuk anak dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI