fbpx

Budak 10 tahun ditemui mati lemas di sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan pencarian ke atas seorang kanak-kanak yang terjatuh di Sungai Gelang Patah, Iskandar Puteri hari ini. Foto IHSAN BOMBA.

ISKANDAR PUTERI – Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas di Sungai Gelang Patah, Jeti Kampung Dapur Arang, di sini, sebentar tadi.

Mangsa, Nur Aqisyah Abdullah, 10, ditemui mati lemas pada pukul 9.07 malam tadi setelah empat jam pihak bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan KUP Saifulizam Salleh berkata, kejadian berlaku semasa mangsa sedang bermain di tepi jeti pada waktu hujan.

Katanya, mangsa kemudiannya terjatuh ke dalam Sungai Gelang Patah dan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 5 petang.

“Sebaik panggilan kecemasan diterima, seramai sembilan anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada pukul 5.08 petang.

“Operasi SAR dilakukan di lokasi kejadian iaitu di Jeti Kampung Dapur Arang. Setelah empat jam operasi digerakkan, mangsa dijumpai pada pukul 9.07 malam tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa ditemui di dasar sungai berkedalaman tiga meter dan berada jarak lima meter dari tempat mangsa terakhir dilihat,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI