fbpx

Buaya jantan mengganas jadi sup ekor  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 30 Ogos 2023 menunjukkan seekor buaya air masin melompat keluar dari permukaan air di Darwin, Wilayah Utara. – AFP 

SYDNEY – Seekor buaya air masin yang mengganas di sebuah komuniti di pedalaman Australia dengan membaham anjing dan menyerang kanak-kanak berakhir di dalam periuk sebagai hidangan penduduk tempatan.

Buaya jantan sepanjang 3.6 meter (kira-kira 12 kaki) itu sering menghendap dan menerjah keluar dari air ke arah orang dewasa dan kanak-kanak.

“Reptilia itu juga dilaporkan membaham sejumlah anjing peliharaan penduduk,” kata polis Wilayah Utara dalam satu kenyataan.

Selepas berbincang dengan pemilik tanah dan orang tua dalam komuniti Bulla, polis menembak dan membunuh haiwan pemangsa itu kelmarin.

“Penduduk setempat memasak daging buaya secara tradisional untuk dijadikan hidangan kenduri,” kata polis.

Buaya itu bermigrasi semasa bencana banjir awal tahun ini ke dalam sebatang sungai berhampiran kediaman penduduk komuniti tersebut.

“Komuniti ini terletak pada jarak enam jam pemanduan ke selatan bandar Darwin,” kata polis.

“Binatang buas itu berakhir sebagai ramuan utama pelbagai hidangan. Saya rasa ia dimasak menjadi sup ekor buaya, manakala dagingnya pula dipanggang

“Penduduk mengadakan kenduri agak besar,” kata Sarjan Andrew McBride kepada badan penyiaran awam, ABC. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI