fbpx

‘Badan jadi panas, pedih, sanggup gaji RM50 sehari asal keluarga selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal sebak pada sidang akhbar khas, hari ini.

PETALING JAYA – Bintang Selangor FC, Faisal Halim sanggup meninggalkan bola sepak dan kehilangan gaji berpuluh ribu ringgit asalkan keselamatan diri dan keluarganya terus terjamin.

Menurut Faisal, dia juga tidak kisah untuk pulang ke kampung dan bekerja dengan gaji harian sebanyak RM50 asalkan keluarganya tidak perlu hidup dalam ketakutan.

“Pada minggu kedua (lepas kejadian), saya cakap kepada Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar bahawa saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu asalkan saya dan keluarga selamat.

“Tetapi Datuk Shahril menjanjikan bahawa keselamatan saya dan keluarga terjamin. Jadi saya terus semangat untuk bermain bola.

“Sebelum ini, saya ada cakap kepada isteri dan keluarga bahawa saya sanggup balik kampung, lakukan kerja harian asalkan keluarga tidak perlu hidup dalam ketakutan,” katanya sebak.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas di Shah Alam hari ini.

Faisal memberitahu, beliau enggan mengimbau kembali kejadian tersebut kerana ia merupakan tragedi yang ‘sangat gelap’ buat diri, keluarga dan kariernya.

“Pada waktu itu, pertama sekali saya berasakan badan saya panas dan pedih. Ada yang cakap (simbahan asid) itu tidak bahaya.

“Pada awalnya saya rasa okey sahaja. Saya mula rasa semangat kerana ingat tidak berbahaya.

“Tetapi selepas semuanya selesai, barulah saya sedar betapa bahaya dan luar biasa kejadian yang menimpa saya ini sebenarnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI