fbpx

Adib tetap merendah diri, tak dabik dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIB (kiri) masih segar dengan kejayaan meledak gol pertama antarabangsa bersama Harimau Malaya baru-baru ini.

PEMAIN sayap sensasi Penang FC, Adib Ra’op mahu bangkit daripada ‘mimpi indah’ dengan mengalihkan tumpuan pada aksi Piala FA menentang Sri Pahang malam esok selepas selesai tugasan bersama skuad kebangsaan.

Menurut Adib, tahap kecergasannya masih di tahap terbaik meskipun hanya dapat kembali berlatih bersama skuad Harimau Kumbang kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli sejak semalam.

Kata Adib, kejayaan menjaringkan gol pertama bersama Harimau Malaya menentang Taiwan pada Selasa lepas turut dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus memburu gol peribadi pada aksi bertemu Tok Gajah nanti.

“Saya akan cuba faham dengan taktikal jurulatih (Akmal Rizal) untuk menentang Sri Pahang nanti dan sekarang tiada masalah pun dari segi kecergasan.

“Saya juga dah banyak belajar daripada skuad kebangsaan yang boleh diterapkan untuk aksi Piala FA ini dan telah banyak membantu saya untuk menjadi pemain lebih matang.

“Apatah lagi dapat menjaringkan gol peribadi yang pertama buat skuad kebangsaan, saya semakin positif untuk terus berikan yang terbaik di atas padang,” katanya.

Pemain berusia 25 tahun itu juga mengakui perlawanan menentang Sri Pahang bukan mudah selain menganggap pemain import mereka antara yang boleh memberi ancaman besar kepada Penang.

“Sri Pahang bukanlah kelab yang boleh kita pandang rendah sebab mereka mempunyai ramai pemain berkualiti.

“Import mereka juga memang bagus dan berpengalaman jadi kami di Penang FC memang kena buat sesuatu yang berbeza untuk cuba mendapatkan kemenangan nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI