fbpx

31,600 jemaah haji bergerak ke Padang Arafah berdepan cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEMAAH haji Malaysia mula bergerak ke Padang Arafah secara berperingkat mulai hari ini untuk berwukuf yang menjadi acara wajib haji. – Gambar hiasan

MEKAH – Sebanyak 31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak secara berperingkat ke Padang Arafah esok bagi menyertai umat Islam di seluruh dunia untuk berwukuf yang menjadi acara wajib haji dalam keadaan suhu panas yang agak tinggi.

Biarpun suhu panas dijangka mencecah 45 darjah Celcius, rata-rata mereka kelihatan bersemangat dan teruja bagi menyempurnakan rukun haji selain mahu berdoa serta membaca al-Quran di Padang Arafah.

Malah, sebahagian daripada mereka yang bergelar warga emas sudah melakukan persiapan fizikal dan mental sejak beberapa hari lalu untuk melaksanakan ibadah yang menjadi kemuncak rukun Islam kelima itu.

Bagi Abdul Manaf Sharin, 67, dari Johor, dia yang menunaikan haji seorang diri sudah mempersiapkan diri sejak seminggu lalu dengan menjaga kesihatannya sebaik mungkin sebelum berge­rak ke Padang Arafah.

“Saya bersyukur apabila jemaah lain turut bersama-sama mengingatkan tentang ibadah dan juga persediaan lain untuk memastikan masing-masing dapat menyempurnakan rukun Islam kelima ini,” katanya.

Abdul Manaf antara sebahagian daripada lebih dua juta jemaah haji dari pelbagai negara yang mula bergerak ke Padang Arafah esok.

Dalam pada itu, bagi Ramli Ab. Rahman, 60, dia akan berusaha yang terbaik sepanjang lima hari tempoh operasi Masyair itu.

Menurutnya, dia dan isteri juga sudah menyenaraikan kiriman doa daripada kenalan dan saudara mara untuk dilafazkan sepanjang berada di Padang Arafah nanti.

“Ada kiriman yang baru dihantar beberapa hari lalu sebelum tibanya Hari Wukuf. Saya akan cuba sehabis baik untuk melengkapkan doa-doa yang dikirim sahabat dan rakan-rakan selain berdoa untuk kesejahteraan sendiri.

“Saya juga turut memohon doa daripada mereka yang berada di tanah air agar amal ibadat saya diterima dan memperoleh haji mabrur,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI