fbpx

29,136 usahawan India dibiayai SPUMI Tekun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan (lima dari kiri) bersama penerima SPUMI Goes Big di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 29,136 usahawan masyarakat India mendapat pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) sedia ada dengan nilai RM458 juta sehingga 31 Mei lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, sejak skim itu dilaksanakan pada tahun 2008 di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun), sebanyak RM421.5 juta peruntukan telah diterima untuk program SPUMI.

Menurutnya, untuk tahun ini pula, seramai 666 usahawan masyarakat India sudah mendapat pembiayaan SPUMI yang melibatkan peruntukan kira-kira RM18 juta.

“Selain itu bagi SPUMI Goes Big yang saya lancarkan 3 April lalu, sebanyak 51 permohonan telah lulus melibatkan jumlah RM2.5 juta dan 27 permohonan dalam proses kelulusan lembaga mesyuarat.

“Justeru, saya berharap ini dapat menaik taraf perniagaan mereka serta membawa bisnes itu ke tahap lebih berjaya selain membayar balik pembiayaan itu supaya dana boleh digunakan untuk menaik taraf usahawan lain akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Penyampaian Cek Pembiayaan Tekun SPUMI & SPUMI Goes Big di Ibu Pejabat Tekun di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Tekun Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, sekiranya peruntukan bagi pembiayaan itu telah habis, pihaknya akan menambahnya bergantung kepada keperluan.

“Kita juga akan memastikan mereka (usahawan) tidak ada sekatan terhadap pengurusan perniagaan yang dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI