fbpx

Warga emas, bayi Orang Asli sesak nafas naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Andak (duduk) yang mengalami sesak nafas akibat lelah turun dari helikopter JBPM untuk dibawa Hospital Gua Musang semalam.- Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa dua pesakit Orang Asli iaitu warga emas lelah dan bayi sesak nafas ke Hospital Gua Musang di sini semalam.

Penerbangan itu melibatkan wanita Andak Itam, 64, dari Pos Bihai dan Zulfahmi Ikhwan Sani, tujuh bulan yang tinggal di Pos Balar.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Rizzan Jefri berkata, kedua-dua pesakit itu dibawa menaiki helikopter jenis Agusta Westland 139 (AW139) berlepas dari Bertam, Pulau Pinang pada pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, pesawat tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang pada pukul 1.38 tengah hari bagi mengambil dua petugas kesihatan dan alat bantuan pernafasan.

“Kru penerbangan tiba di Pos Balar 20 minit kemudian untuk mengambil pesakit bayi sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Tendrik, Pos Bihai pada pukul 2.20 petang untuk mengambil pesakit warga emas.

“Bayi lelaki itu mengalami sesak nafas, manakala warga emas yang diserang lelah diberi bantuan alat pernafasan oleh petugas kesihatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Rizzan memberitahu, pesawat mendarat di BBP Gua Musang pada pukul 2.40 petang dan pesakit dibawa ke Hospital Gua Musang di sini bagi mendapatkan rawatan susulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI