fbpx

Subsidi diesel: 191 notis, 3 kertas siasatan dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah

PETALING JAYA – Sebanyak 23 aduan diterima, tiga kertas siasatan dibuka serta 191 notis dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas pengumuman penyasaran subsidi diesel diumumkan pada 10 Jun lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, hasil tersebut susulan pemeriksaan dijalankan ke atas 346 premis sehingga hari ini di seluruh negara menerusi Ops Kesan 2.0.

Menurutnya, Ops Kesan 2.0 telah dilancarkan sebagai persiapan kepada pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula pada 8 Jun.

“Pihak KPDN telah membuat persediaan rapi bagi menangani sebarang aduan terhadap mana-mana peniaga yang didapati menaikkan harga pada
kadar tidak munasabah.

“Terutama kepada mereka yang telah mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi diesel dan kepada peniaga yang sememangnya tidak layak menerima subsidi diesel sebelum pelaksanaannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, KPDN mengingatkan peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau syarikat yang melakukan kesalahan di
bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 demi menjaga dan melindungi hak pengguna.

“Bagi sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah berikutan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, orang ramai boleh mengemukakan
sebarang maklumat dan aduan melalui talian khas Ops Kesan 2.0 iaitu 012-6654292,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI