fbpx

PM lain tak laksana penyasaran subsidi kerana prihatin rakyat – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – ‘Perdana Menteri lain sebelum ini tak laksana (penyasaran subsidi) kerana mereka prihatin terhadap nasib rakyat’.

Itu reaksi Tun Dr. Mahathir Mohamed terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penyasaran subsidi negara yang dilaksana kerajaan ketika ini adalah dasar yang sudah dibincang dan dipersetujui sejak 25 tahun dahulu.

Beliau juga secara sinis mengatakan kesemua bekas Perdana Menteri sebelum ini bersikap ‘penakut’ kerana tidak melaksanakan perkara tersebut ketika memegang tampuk pemerintahan kerajaan Persekutuan.

“Tapi dia yang (pernah) janji tak nak naik harga, tiba-tiba naik sampai 50 peratus, jadinya Perdana Menteri yang lain semua penakut tapi keprihatinan mereka adalah untuk rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata, penyasaran subsidi negara dasar sudah dibincang dan dipersetujui sejak 25 tahun lalu, namun tidak dilaksanakan kerana pimpinan ketika itu lebih memikirkan survival politik, disamping penyasaran subsidi itu sendiri tak mudah dijayakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI