fbpx

Perak di landasan tepat capai Perak Sejahtera 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) meninjau reruai pada Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua PS2030 di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, Seri Manjung semalam.

LUMUT – Kerajaan Negeri Pe­rak memperkenalkan penambahan tiga agenda baharu kepada Pelan Perak Sejahtera 2030 (PS2030) dalam usaha membawa perubahan positif kepada rakyat dan negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia adalah agenda pembangunan sosial, agenda kelestarian alam dan biodiversiti serta agenda pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurutnya, penambahan agenda kepada pelan pemba­ngunan negeri sedia ada itu adalah hasil program Permu­kiman Pemimpin-Pemimpin Kerajaan yang dijalankan dua hari bermula 15 Mei lalu.

“Ia menunjukkan pelan tersebut bukan rigid dan jumud tetapi dinamik serta boleh diubah suai, ditambah baik dari semasa ke semasa, serta mengikut tuntutan masa dan kea­daan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua PS2030 di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, Seri Manjung semalam.

Menurut beliau, berdasarkan pemantauan dan penilaian yang dibuat pelbagai jabatan dan agensi pelaksana, Perak kini berada di landasan tepat dalam menjayakan pelan PS2030 khususnya dalam memenuhi kesemua sembilan agenda yang ditetapkan bagi mencapai tiga sasaran iaitu sejahtera politik, sejahtera ekonomi dan sejahtera sosial.

Selaras itu, jelasnya, kerajaan negeri menerbitkan laporan buku prestasi PS2030 tahun kedua setebal 287 muka surat yang memperincikan 234 projek dilaksanakan melalui pembangunan strategik pelan tersebut semalam.

Malah, terangnya, buat pertama kali kerajaan negeri me­lancarkan ‘dashboard’ PS2030 untuk memantau dan menilai status pelaksanaan setiap projek dan inisiatif yang digariskan dalam pelan berkenaan.

Dalam tempoh dua tahun ini, jelas beliau, kerajaan ne­geri berusaha mewujudkan kestabilan politik melalui dasar-dasar mengutamakan rakyat dan amalan tadbir urus yang baik bagi menarik keyakinan pelabur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI