fbpx

Pengarah syarikat rugi RM1.3 juta, terperdaya pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang pengarah syarikat kerugian RM1.3 juta apabila wang syarikat dan simpanannya lesap selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Hatta Che Din berkata, mangsa yang berusia 45 tahun berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp sebelum menyertai pelaburan secara dalam talian.

“Mangsa dipercayai membuat transaksi pemindahan wang sebanyak 16 kali sejak 29 April sehingga 28 Mei lalu. Jumlah kerugian yang dialami lelaki itu adalah RM1.306 juta,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 55 kertas siasatan berkaitan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian telah dibuka membabitkan kerugian RM4.4 juta sejak awal tahun ini di daerah ini.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 23 tangkapan dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955,” kata beliau lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI