fbpx

Pelakon rugi RM4,000 jadi mangsa janji temu doktor palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan eorang doktor di sebuah klinik di India. - Foto AFP

MUMBAI – Seorang pelakon lelaki di India menjadi mangsa penipuan siber apabila dia kerugian 77,000 rupee (RM4,346) ketika cuba membuat temu janji doktor menerusi panggilan telefon, lapor laman berita NDTV hari ini.

Mohammad Iqbal alias Iqbal Azad, 59, menyatakan bahawa dia ketika itu sedang mencari nombor telefon doktor ortopedik yang berpangkalan di Dadar, Mumbai.

“Azad menemui nombor telefon di Google dan membuat panggilan pada 6 Jun lalu. Orang yang menjawab panggilan itu meminta Azad mendaftar dengan membayar 10 rupee (RM0.56) sebelum bercakap dengan doktor. 

“Pemanggil itu kemudian menghantar pautan kepadanya dua kali tetapi Azad gagal menghantar jumlah wang tersebut kerana pautan itu tidak bertindak balas,” kata seorang pegawai polis.

Sementara itu, Azad segera memaklumkan kepada pengurus banknya selepas merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Bagaimanapun, pada pagi Isnin lalu, dia menerima empat pesanan ringkas (SMS) di telefon bimbitnya yang menyebut 77,000 rupee telah ditolak daripada akaun banknya,” tambah pegawai berkenaan.

Azad berkata, dia menghubungi talian bantuan siber selepas menerima mesej itu tetapi gagal untuk mendapatkan bantuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI