fbpx

Peguam bantah permohonan polis dapatkan pengakuan salah Ibu Zayn Rayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu kepada Zayn Rayyan dibawa ke Mahkamah Majistret bagi prosiding yang dibuat secara tertutup berhubung bagi membantu siasatan kes bunuh Zayn Rayyan, di sini hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini merekodkan bantahan pihak pembelaan terhadap permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan salah daripada ibu kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berhubung siasatan pembunuhan kanak-kanak itu.

Peguam Mahmud Jumaat yang mewakili ibu Zayn Rayyan, bantahan itu berdasarkan permohonan polis mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950 yang kemudian ia direkodkan oleh Majistret Zhafran Rahim Hamzah dalam prosiding secara tertutup.

“Hari ini ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan (berhubung kes bunuh) di hadapan Majistret, sebaliknya dia hanya memberi keterangan,” katanya.

Bagaimanapun semasa prosiding, bapa Zayn Rayyan tidak dibawa ke mahkamah.

Terdahulu, Mahmud dan seorang lagi peguam Fahmi Abd. Moin hadir di Kompleks Mahkamah hari ini.

Sebelum ini pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Kedua-dua pasangan berusia 29 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI