fbpx

Pan-gon mahu terus latih Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon (kiri) memasang cita-cita untuk terus melatih pasukan hingga ke Piala Asia 2027. - FAM

 

BUKIT JALIL – Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berhasrat untuk terus kekal melatih pasukan sekurang-kurangnya hingga Piala Asia 2027.

Disebalik perubahan yang dibawanya dalam skuad kebangsaan, jurulatih dari Korea Selatan itu menjelaskan beliau tidak mempunyai ‘kuasa veto’ untuk menentukan masa depannya di Malaysia.

“Dalam kontrak saya perlu kekal di sini. Saya tidak banyak bercakap, kami berjuang tetapi ini (masa depannya) bukan keputusan saya.

“Saya tidak minta untuk pergi. Saya mahu kekal (bersama pasukan) ke Piala Asia selepas ini,” katanya pada sidang media selepas tamat aksi menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pada aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, sebentar tadi, Harimau Malaya catatkan kemenangan 3-1 ke atas Taiwan namun misi negara untuk cipta sejarah layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 bergantung kepada keputusan satu lagi perlawanan antara Oman dan Kyrgyzstan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN