PETALING JAYA – Seorang wanita berusia 38 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Flora Damansara, Petaling Jaya, di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, laporan kehilangan wanita itu dibuat di Balai Polis Damansara pada pukul 10.38 malam, kelmarin.
“Manira Mohamed dipercayai keluar daripada rumahnya di Blok D, Flora Damansara, Damansara Perdana pada pukul 12 tengahari, 9 Jun lalu.
“Mangsa memiliki ketinggian kira kira 1.53 meter, berambut lurus panjang dan berkulit sawo matang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa, diminta tampil ke balai polis berhampiran.
“Orang awam juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hafizul Mohd. Noor di talian 016-2236804 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE