fbpx

Lelaki kerja 6 tahun di kedai fotostat rupanya ada PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kisah seorang lelaki berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang telah bekerja di kedai fotostat selama enam tahun mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Mohd Yasid Ismail berkata, rakannya itu selesa bekerja di kedai fotostat setelah menamatkan pengajian dalam Ijazah Doktor Falfasah (PhD) pada 2018.

“Kawan saya ini ada PhD dalam bidang kejuruteraan. Selepas tamat PhD, hingga sekarang dia hanya bekerja di kedai fotostat. Gaji tidak sampai RM3,000.

“Sudah enam tahun dia kedai di kedai fotostat. Kerja dengan orang, bukan perniagaan dia sendiri,” katanya.

Berkongsi lanjut, sepanjang tempoh enam tahun berkenaan, rakannya pernah mencuba nasib di tempat lain dengan kelayakan pendidikan dalam PhD.

“Katanya tidak dapat panggilan untuk bekerja di tempat lain yang sesuai dengan kelayakan PhDnya. Dia sudah pergi temuduga namun nasib tidak menyebelahi dirinya.

“Saya baru tahu nasib dia. Saya ingat dia bekerja sebagai pensyarah. Rasa kesian sangat,” ujarnya lagi.

Tambahnya, rakannya disifatkan mempunyai personaliti yang ‘introvert’ dan tidak banyak bercakap.

“Dia jenis yang ‘introvert’. Tak banyak bercakap.

“Kalau bercakap nampak dia macam terlalu berhati-hati dengan setiap perkataan. Jadi agak perlahan,” katanya.

Bagaimanapun, dia bertemu rakannya pada minggu lalu untuk berurusan berkaitan pelaburan dana unit amanah dan menyedari sesuatu yang tidak disangka.

“Dulu dia labur wang tunai, sekarang duit itu sudah naik sekali ganda. Dia nak topup (tambah) pelaburan.

“Mengejutkan, data kewangan yang perlu dikemaskini dalam sistem, dia tanda semua ‘No’ (tidak). Tak ada pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi semua tidak ada.

“Pada awalnya saya kesian dekat dia tetapi selepas itu saya rasa kesian dekat diri sendiri pula. Baik dia tak ada pinjaman langsung, hidup tenang tanpa hutang,” jelasnya.

Meninjau dari ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pandangan menyatakan ramai yang mengalami nasib yang sama.

“Tidak semestinya kita akan bekerja dalam bidang yang kita belajar. Kita belajar sebab ilmu, mungkin rezeki dalam bidang lain. Macam aku belajar teknikal tetapi sekarang berniaga di tepi jalan,” luah seorang pengguna Facebook.

“Betul, hidup tenang tanpa hutang. Terutamanya hutang dengan bank. Bebas dari sistem.” kata seorang netizen.

“Kisah yang tidak didendangkan, ramai saja nasib sebegini.,” kata seorang lagi netizen. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI