IPOH – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes kematian ibunya yang ditemukan dengan kesan kecederaan di kepala di Dataran Tasek Timur 5, Anjung Bercham Utara di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penahanan terhadap lelaki berusia 30-an itu dilakukan bagi tujuan saringan air kencing, bagaimanapun tiada petunjuk dijumpai untuk mengklasifikasi kes itu sebagai bunuh.
“Maklumat diterima berkaitan seorang wanita berusia 60-an ditemukan tertiarap di belakang pintu ruang tamu rumah. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE