fbpx

KPDN teliti permohonan, rayuan tambah baik SKDS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti semua asas permohonan dan rayuan berhubung penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kesemua asas permohonan dan rayuan berkenaan diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.

“Jawatankuasa ini dianggotai oleh KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian
Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam
Darat dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihaknya menerima beberapa syor dikemukakan antaranya mempertimbangkan beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel di bawah SKDS 2.0.

“Selain itu, syor berkaitan meningkatkan kuota asas sedia ada di bawah SKDS 1.0 bagi jenis kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres,” ujarnya.

Ahad lalu, Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit di Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula Isnin lepas.

Sehubungan itu, kerajaan melaksanakan inisiatif Budi Madani bertujuan memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada mereka yang layak dan mengurangkan beban golongan memerlukan, dengan pemberian RM200 bantuan tunai bulanan.

Kerajaan turut mengurangkan kesan pengapungan harga diesel dengan meneruskan bantuan subsidi kepada kenderaan pengangkutan awam darat serta pengangkutan barangan menerusi SKDS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI