fbpx

KLCC juara bangunan seni arkitek terbaik Asia kalahkan Taj Mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Menara Berkembar Petronas (KLCC) dinobatkan sebagai juara bagi kategori bangunan seni arkitek terbaik di seluruh benua Asia menerusi data yang dikeluarkan Trip Advisor.

Perkara itu turut dimaklumkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam ciapan di laman X beliau hari ini.

“Malaysia juara lagi. Marilah kita sentiasa menimba ilmu, berusaha gigih, penuh berdaya cipta dan mendukung aspirasi Malaysia Madani,” ciapnya.

Turut berada dalam lima senarai terbaik adalah Taj Mahal (India), Jim Thompson House (Thailand), Tian Tan Buddha (Hong Kong) dan Taipie 101 (Taiwan).

Bangunan pencakar langit yang terletak di tengah-tengah ibu kota itu menjadi tarikan utama di Malaysia dengan menerima 20.14 juta pelancong dan lebih daripada 30,000 ulasan di Trip Advisor.

Ketika ini, KLCC merupakan bangunan kedua tertinggi di Malaysia berada di belakang Menara Merdeka 118.

Bagaimanapun, KLCC masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi pada abad ke-20.

Sehingga kini, ia tetap menjadi mercu tanda dan ikon Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI