fbpx

Keracunan makanan: Polis selesai rakam keterangan 8 individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Gombak – Polis selesai merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan berhubung dua kes kematian akibat keracunan makanan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, antara individu dirakam keterangan adalah pihak penganjur, jawatankuasa, pengetua, dan individu terlibat dalam penyediaan makanan.

Jelasnya, keterangan kesemua individu itu diambil kelmarin dan semalam.

“Setakat ini, lapan rakaman percakapan melibatkan ahli keluarga dan pembekal makanan telah dirakam.

“Mangsa lain yang mengalami keracunan makan sedang dikenal pasti untuk dirakam percakapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bayi berusia dua tahun dan lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami cirit-birit akibat makan bihun dan telur yang dibawa pulang dari sebuah program sekolah di daerah ini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima dua laporan kematian akibat kejadian tersebut kelmarin .

“Untuk kes yang pertama, hasil siasatan mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 17 tahun telah makan makanan dibawa balik ibunya dari program di sebuah sekolah, Sabtu lalu.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI