JAKARTA – Sebuah klip video tular memaparkan perkahwinan dua remaja berusia 14 tahun di Sukabumi, wilayah Jawa Barat, yang mencetuskan kekecohan di media sosial, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @kegblgnunfaedh, pasangan pengantin bawah umur itu dilihat sedang bersanding di atas pelamin.
Difahamkan, kedua-dua remaja berkenaan telah menjalinkan hubungan selama tiga tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin.
Video itu menjadi tular di media sosial dan tindakan pasangan pengantin tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
“Ketika saya berumur 14 tahun, saya hanya main pasir, bola sepak dan layang-layang,” kata seorang pengguna laman sosial.
“Nanti mengurus anak macam mana? Bolehkah mendidik dengan baik?” kata pengguna lain. – AGENSI