fbpx

Jumlah keahlian KWSP naik ke 16.1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan 107,105 pendaftaran ahli baharu sehingga Mac 2024, menjadikan jumlah keahlian kepada 16.1 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 8.6 juta adalah ahli aktif yang kini mewakili 50 peratus daripada 17.1 juta tenaga buruh Malaysia.

Ekonomi Malaysia yang kukuh katanya, telah memacu pasaran buruh berdaya tahan, dengan kadar pengangguran jatuh kepada 3.3 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).

“Pendaftaran majikan baharu juga menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 20,080 dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah majikan berdaftar kepada 608,433.

“Jumlah caruman yang diterima meningkat daripada RM25.83 bilion pada S1 2023 kepada RM29.13 bilion pada S1 2024.

“KWSP juga mengekalkan nisbah ahli aktif dengan tidak aktif pada 53:47 bagi S1 2024, selaras dengan tempoh sama pada 2023, dengan 8.6 juta ahli aktif daripada jumlah keseluruhan keahlian sebanyak 16.1 juta,” kata kenyataan itu.

Jelas Ahmad Zulqarnain, bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dalam sektor informal dan pekerja gig mendapat liputan perlindungan sosial, KWSP memperluaskan liputan i-Saraan.

“Sepanjang S1 2024, i-Saraan merekodkan pendaftaran baharu sebanyak 146,171, menjadikan jumlah keseluruhan keahlian i-Saraan meningkat 43.9 peratus kepada 1.4 juta, daripada 997,659 pada suku sama tahun lepas.

“KWSP akan terus tingkatkan keupayaan memenuhi keperluan yang semakin berkembang serta membina prestasi portfolionya berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) jangka panjang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI