IPOH – Seorang wanita berusia 48 tahun ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman dalam kejadian di rumahnya di Kampung Simee di sini hari ini.
Difahamkan, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suami berusia 56 tahun sebelum suspek bertindak memukul mangsa di kepala dan menikamnya.
Lebih menyedihkan lagi apabila kejadian itu disaksikan oleh anak perempuan pasangan itu yang berusia 12 tahun.
Kejadian sekitar pukul 8 pagi itu dikatakan berlaku ketika pasangan berkenaan baharu tiba di rumah selepas selesai bersarapan di luar.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE